comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KKR siasat subkontraktor projek pembinaan kolam selam tempur Kem Iskandar

 


Oleh: Syafiqah Damanhuri

BANGI: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menyiasat sub-kontraktor yang dilapor lewat menyiapkan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing Johor.

 

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ketika ini pembinaan projek itu berbaki 2 peratus yang masih belum disiapkan.

“Kita kena siasat dululah. Kena adil kepada mereka. Sebab hanya 2 peratus yang belum siap itu.

“Nantilah kita tengok dan siasat dengan adil pada kontraktor juga dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui media di Jamuan Hari Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini.

Tambahnya, KKR turut memberi jaminan projek berkenaan akan disiapkan penghujung Jun depan.

“Seperti mana yang semua sudah maklum. Ini pun dah dalam berita juga. Kita diperingkat KKR ini kita menerima baik titah Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kerana Tuanku melawat untuk melihat keadaan di sana. Saya difahamkan boleh dalam masa penghujung bulan Jun nanti boleh disiapkan.”

Beliau juga katanya dijangka menghadap Sultan Ibrahim dalam masa terdekat untuk memberikan penjelasan.

Sebelum ini media melaporkan Yang Di-Pertuan Agong memerintahkan pihak bertanggungjawab yang membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing menjelaskan punca kelewatan pembinaan berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, kolam itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, namun sehingga kini ia masih dalam pembinaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini