comscore
Tumpuan :
Nasional

Kluster Seri Petaling diisytiharkan tamat

KUALA LUMPUR: Kluster terbesar COVID-19 di negara ini iaitu perhimpunan di masjid Seri Petaling diumumkan tamat selepas tidak lagi mencatatkan sebarang kes berkaitan dengan majlis itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster berkenaan mula dikesan pada 11 Mac lalu dan sudah menjangkiti seramai 3,375 individu yang menyertai perhimpunan berkenaan termasuk ahli keluarga mereka.

Katanya, kes positif COVID-19 pertama kluster itu dilaporkan seminggu selepas perhimpunan berakhir, iaitu kes ke-131 dan kes ke-136.

“Sehingga 8 Julai lalu, seramai 42,023 individu sudah disaring, daripada jumlah berkenaan 3,375 kes positif dilaporkan iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia.

“Kes bagi kluster dan sub-kluster di bawahnya adalah dikesan di tujuh negeri membabitkan 2,550 warganegara Malaysia dan 825 bukan warganegara dari 28 negara,” katanya dalam sidang media COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini