comscore
Tumpuan :
Nasional

Kos rawatan kanak-kanak melecur ditanggung TNB

GAMBAR tular kejadian menimpa kanak-kanak malang berkenaan.

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi segala bantuan termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan seorang kanak-kanak yang terkena renjatan elektrik di pencawang elektrik (PE) di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Khamis lalu.

TNB, dalam satu kenyataan malam tadi, memaklumkan pihaknya amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan memastikan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendapat rawatan yang terbaik.

Katanya, wakil pengurusan TNB telah pun menyantuni ibu bapa kanak-kanak tersebut di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.

“Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan.

“Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak polis dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan TNB sendiri telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa melecur seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik dipercayai tersentuh perkakasan elektrik selepas memasuki bilik janakuasa elektrik tersebut untuk mengambil bola yang terpelanting masuk.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini