comscore
Tumpuan :
Nasional

Punca kebakaran sedang dikenal pasti, TNB giat pulihkan bekalan kawasan terjejas

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengenal pasti punca kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Mid Valley pagi tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat, TNB kini giat memulihkan bekalan elektrik kepada pengguna terjejas di kawasan sekitar Mid Valley dan sebahagian Desa Pantai.

“Pasukan teknikal TNB telah pun digerakkan ke lokasi kejadian, punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan”, ujar kenyataan itu.

Artikel berkaitan :  Kebakaran di Mid Valley babitkan pencawang masuk utama ke bilik transformer TNB  – Bomba

Pun begitu, melalui langkah segera diambil TNB terdapat sebahagian pengguna terjejas telah mendapat bekalan seawal jam 10.55 pagi.

Pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di talian 15454 untuk maklumat lanjut.

Pihak TNB memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.

Loading...
Terkini