comscore
Tumpuan :
Nasional

KPDN rampas 6.5 juta liter diesel bersubsidi sejak 1 Mac

Antara kejayaan serbuan terhadap sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Negeri Sembilan yang dilaksanakan KPDN.- Foto ihsan KPDN.

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 6.5 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM13.69 juta yang cuba diseludup sindiket sejak 1 Mac sehingga semalam.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, sebanyak 769 kes direkodkan dalam serbuan Op Tiris  di seluruh negara.

“Dalam tempoh itu, KPDN telah merampas harta benda digunakan sindiket khususnya kenderaan lori ‘pick up’ yang telah diubahsuai bernilai RM75.21 juta.

“Pelbagai modus operandi digunakan sindiket berjaya dikesan, selain menggunakan lori yang mana bahagian tangkinya telah diubahsuai, ada yang memindahkan diesel ke premis berlainan untuk disimpan sebelum mengisi diesel yang baharu,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan Karnival Rahmah Kasih Sayang Bangsa Johor di Stadium Bandaraya Pasir Gudang di sini, semalam

Fuziah berkata, selain Op Tiris, kementerian itu turut menjalankan beberapa operasi termasuk  Op Samar dan Op Bersepadu bagi mengatasi isu ketirisan bekalan dan penyelewengan.

Loading...
Terkini