comscore
Tumpuan :
Nasional

Kumpul dana bantu Muhammad biaya kos rawatan tibi

Muhammad yang kini sedang berjuang melawan penyakit Tibi kronik

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai kos rawatan selepas dua bulan terlantar di hospital akibat penyakit Tibi atau Tuberkulosis.

Pemuda yang ingin dikenali sebagai Muhammad, 40, menghidap penyakit kronik yang menyebabkan berat badannya turun mendadak daripada 57 kilogram sehingga 39 kilogram.

Pengerusi Persatuan Intelek Muda Nasional, Fadly Mohd Zain berkata, pihaknya melancarkan kempen kumpul dana untuk Muhammad yang masih mempunyai rawatan lanjut.

“Beliau baru saja keluar dari hospital dan sekarang sedang berulang-alik setiap hari untuk menerima suntikan khas di sebuah hospital.

“Kos-kos yang diperlukan termasuk keperluan peribadi seperti kos perbelanjaan ulang-alik ke hospital serta keperluan harian dirinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fadly berkata, anggaran dana yang disasarkan pihaknya adalah RM15,000 dan kini, dana wang derma yang terkumpul baru mencecah RM478.

“Kos yang diperuntukkan itu kami akan bahagikan kepada enam bulan, jadi sebulan kami sasarkan dapat RM2,000.

Fadly juga menyeru pihak yang berkaitan turut tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan melalui laman sesawang Kitafund.com.

Beliau berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan tangan meringankan beban Muhammad.

Loading...
Terkini