comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki berselimut curi beg imam di surau

Foto : Tangkap layar video tular

JEMPOL: Berkelubung menggunakan selimut ketika mencuri di Surau Kampung Indah, Bahau di sini.

Itu taktik seorang pencuri untuk mengelak identitinya dikesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku ketika solat Subuh awal pagi Rabu lalu menyebabkan warga emas Abdul Rahman Salimap, 68, kehilangan kad bank dan wang tunai RM150 selepas beg silang miliknya akibat dikebas lelaki berkenaan.

@buletintv3

Lelaki berselimut curi beg imam #buletintv3 #beritatiktok

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Difahamkan, ia kejadian kelima membabitkan jenayah curi dan pecah tabung di surau berkenaan.

Anak kepada warga emas itu, Rafika Fitri Masweldi, 33, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, bapanya menjadi imam dan ada jemaah wanita di belakang tabir surau berkenaan.

“Ayah sedar ada seseorang di belakangnya namun beranggapan ia individu lain yang mahu bersolat.

“Selesai solat, ayah menyedari beg silangnya sudah hilang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan surau dan membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini