comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki cedera di dada, leher, perut, ditembak rakan sendiri ketika memburu

BESUT: Seorang lelaki berusia 32 tahun, dilaporkan cedera di bahagian dada, leher, dan perut akibat ditembak rakan sendiri ketika memburu.

Kejadian berlaku di Hutan Rasil, Keruak, Jerteh, disini kelmarin.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berada di dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Abdul Rozak Muhammad, mengesahkan perkara itu.

Foto hiasan

Kejadian berpunca apabila mangsa bersama rakannya berusia 38 tahun terpisah ketika memburu sebelum mangsa yang disangka binatang buruan ditembak dengan peluru penabur.

Polis telah menahan rakan mangsa bersama senjata jenis senapang patah dipercayai buatan sendiri bagi membantu siasatan.

Suspek direman empat hari bermula Ahad sehingga Rabu, 24 April.

Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu menyebabkan cedera dengan sepucuk senjata tanpa alasan yang sah yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan Seksyen 1960 iaitu penalti kerana memiliki senjata dan amunisi tanpa suatu lesen atau permit yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Berikutan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membeli, menyimpan, mengguna atau memiliki apa-apa jenis senjata yang boleh digunakan sebagai senjata api sama ada buatan sendiri atau senjata sebenar tanpa lesen atau permit yang sah.

Loading...
Terkini