comscore
Tumpuan :
Nasional

2 ditahan reman bergaduh kerana teman lelaki

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Dua pembantu kedai makan direman empat hari bermula semalam apabila dipercayai menampar seorang rakannya hingga patah gigi, Isnin lalu.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira 12.46 tengah malam di muara jambatan angkat di sini akibat perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima laporan selepas mangsa berusia 19 tahun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu membuat laporan pada jam 4 pagi.

Beliau berkata, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi merawat kecederaan.

“Siasatan awal kita mendapati berlaku perselisihan faham antara mereka sehingga mangsa ditampar suspek. Malah, kita juga mendapati kejadian ini dipercayai berpunca salah faham berkaitan dengan teman lelaki.

“Susulan laporan, kita menahan dua suspek di kedai makan pada jam 2.15 petang kelmarin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, dua suspek berusia 23 dan 40 tahun itu juga sudah direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Loading...
Terkini