comscore
Tumpuan :
Nasional

Tokoh qariah negara Rogayah Sulong meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Tokoh qariah negara Datuk Rogayah Sulong, 81 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 8.17 pagi selepas tiga hari menerima rawatan di hospital berkenaan.

Rogayah bergelar johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan sebanyak tujuh kali dan johan Musabaqah Al-Quran antarabangsa sebanyak empat kali sekitar 1960-an dan 1970-an.

Allahyarham pernah menerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah pada 2012.

Usaha Rogayah mendekatkan ayat-ayat suci kepada masyarakat dan berkongsi ilmu membaca al-Quran dengan tajwid yang betul serta berlagu telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri sehingga beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu pada 2010.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat zohor di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Tuan Muda.

Loading...
Terkini