comscore
Tumpuan :
Nasional

Tragedi kepala air: Mayat Karim Abdullah ditemui

KEMAMAN: Satu lagi mayat ditemui disahkan sebagai Karim Abdullah, 39 tahun.

Pengecaman mayat dibuat adik ipar mangsa, Mahadi Mahidin 38 tahun.

Terdahulu, mayat mangsa dibawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Artikel berkaitan: Mayat 2 korban tragedi kepala air ditemui, 8 lagi dikhuatiri hilang

Mahadi dilihat gagal menahan sebak ketika membuat pengecaman.

“Saya tengok mayat itu dan saya sahkan itu adalah abang ipar saya,” katanya.

Mayat Karim Abdullah antara empat mayat yang telah disahkan daripada tujuh mayat yang ditemui sejak jam 11.05 pagi tadi.

Artikel berkaitan: Tragedi kepala air: Kawasan perkelahan Jeram Mawar ditutup

Identiti mayat pertama yang telah disahkan ialah Muhammad Haziq Ziqree Karim 6 tahun, diikuti dua lagi mangsa, Putri Aryana Umaira Karim, 4 tahun dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10 tahun.

Kedua-dua mayat ditemui dalam tempoh masa agak sama pada kira-kira jam 12.05 tengah hari tadi di sektor B (SAR).

Semua mayat yang telah disahkan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

Loading...
Terkini