comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki ditemui rentung, kereta dinaiki terbabas

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang rentung dari sebuah kereta yang terbakar selepas terbabas di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan malam ini. – FOTO: Ihsan BBP Teluk Intan.

TELUK INTAN: Seorang lelaki ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 23.5 Jalan Changkat Jong-Bidor, dekat Kampung Ayer Hitam, di sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 malam.

“Sebaik jentera tiba, didapati seorang lelaki berada di dalam sebuah Perodua Myvi terbalik sedang terbakar 80 peratus di bahu jalan arah Bidor menghala Teluk Intan.”

Katanya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini