comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah

Lelaki berusia 60-an ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam, Georgetown. – Foto ihsan JBPM

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Yeoh Hock Chuan, 63, ditemui dalam keadaan rentung di bawah katil di salah sebuah bilik di kediaman berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal terdapat lelaki warga emas berada di dalam rumah berkenaan.

“Sebaik tiba, kita dapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah kampung kelas C dengan kemusnahan sehingga 90 peratus.

“Api berjaya dikawal pasukan bomba pada jam 4.28 pagi.

“Ketika melakukan pencarian kami menemui mayat mangsa di bawah katil di bilik tidur dalam keadaan rentung,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa menghidap strok sebahagian dipercayai menyebabkannya gagal menyelamatkan diri.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel berkaitan: Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran

Loading...
Terkini