comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki tanpa identiti maut dilanggar lari

MUKAH: Seorang lelaki ditemukan mati dalam satu kejadian dipercayai langgar lari di Kilometer 74, Jalan Sibu – Bintulu pada awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata kejadian dilaporkan kepada pihaknya pada jam 6.30 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang berjalan kaki dipercayai dilanggar oleh kenderaan yang bergerak dari arah Bintulu ke Sibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Muhamad Rizal, identiti mangsa tidak diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayatnya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh menghubungi balai polis yang berhampiran.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-3162 7137 atau talian hotline IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini