comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Lelaki tunggang motosikal lawan arus mengaku tak bersalah

 

AMPANG: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di kilometer 22.2 Lebuh Raya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), 14 Jun lalu.

Tertuduh, Mudzyadaha Mohamad 42 tahun membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Ampang di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan denda maksimum RM50,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga diarah lapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran selain diperintah untuk melakukan pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Ogos depan.

Sebelum itu, tertuduh yang berbalut tangan dibawa pihak polis ke Mahkamah Majistret Ampang kira-kira jam 8:50 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari 14 Jun lalu, mangsa Ahmad Fadzil Omar Azaddin yang menunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE ketika cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Loading...
Terkini