comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki tunggu geng mat rempit dengan kayu dicari polis

 

KEMAMAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung sebuah video memaparkan seorang lelaki memegang dua objek menyerupai kayu di tepi jalan dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan geng mat motor yang membuat bising dalam kejadian di sini, petang raya semalam.

Ketua Polis daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, video berdurasi 0.26 saat itu kini tular di aplikasi Tiktok.

Hanyan berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.45 petang pada hari raya pertama di kilometer 157 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan lampu isyarat Geliga, bandar Chukai.

Seorang lelaki dilihat berdiri di tepi jalan dengan memegang dua batang kayu untuk menghalau sekumpulan penunggang motosikal yang melalui jalan berkenaan.

Kata Hanyan, lelaki terbabit mungkin tidak berpuas hati dengan kehadiran kumpulan berkenaan yang melakukan aktiviti rempit.

Siasatan kes mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan jalan 1987 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Polis turut mengesan kumpulan penunggang motosikal dalam video yang tular.

Loading...
Terkini