comscore
Tumpuan :
Nasional

 ‘Lewat’ kembali ke Langkawi, Kastam Perlis sita 4 kenderaan

KANGAR: Sebanyak 4 kenderaan pelbagai jenama disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis untuk siasatan ekoran berada melebihi tempoh 90 hari di Tanah Semenanjung.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, rampasan dilakukan selepas kenderaan terbabit didapati melanggar syarat di bawah butiran 14, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

“Berdasarkan butiran 14, kenderaan yang dibeli ke pulau bebas cukai, sama ada di Langkawi atau Labuan, dibenarkan masuk ke tanah besar tidak lebih 90 hari dalam setahun.

“Empat kes ini diperoleh pada Januari dan April tahun ini, manakala dua kes terbaharu adalah pada 8 dan 16 Jun lalu,” katanya kepada Buletin TV3.

Menurut Ismail, empat kenderaan itu antaranya Volkswagen, Mazda dan Toyota.

Kesemua empat kes diperoleh di Pejabat Kastam Cawangan Penguatkuasaan Kuala Perlis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini