comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima rumah di Flat TUTA terbakar

Lima deretan rumah di tingkat empat, Blok 66, Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. – FOTO: Ihsan JBPM Skudai.

JOHOR BAHRU: Lima deretan rumah di tingkat empat, Blok 66, Flat Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Skudai di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rusydi Nordin berkata dalam kejadian itu penghuni semua rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 pagi.

Seramai 20 anggota dari BBP Skudai dan BBP Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian.

FOTO: Ihsan JBPM Skudai.

“Kebakaran membabitkan lima buah rumah di flat empat tingkat itu yang mana sebuah rumah terbakar hampir 90 peratus, sebuah lagi 60 peratus, dua rumah terbakar 50 peratus, manakala sebuah lagi rosak akibat ‘water damage,” katanya menerusi kenyataan media.

Tiada mangsa tercedera.

Operasi pemadaman tamat jam 5.26 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini