comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis bongkar kegiatan proses, jual arak tiruan 

FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan bersama peralatan dan arak tiruan bernilai RM241,000 dalam serbuan polis di sebuah premis di kawasan Skudai di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar berkata serbuan jam 10.30 malam itu dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2.

Katanya, premis itu turut dijadikan tempat penyimpanan dan proses minuman arak tiruan.

FOTO: NSTP

“Lelaki tempatan yang ditahan bertindak sebagai ‘transporter’, dan dipercayai kegiatan memproses serta menjual arak tiruan beroperasi lebih sebulan.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah peralatan memproses minuman keras tiruan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Kumar berkata, suspek direman 14 hari sehingga 24 Julai depan .

Kes disiasat mengikut seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan seksyen 76 Akta Eksais 1976.

Loading...
Terkini