comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima sekolah swasta di Johor terima ancaman bom

 

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan lima buah sekolah swasta di negeri itu menerima ancaman bom.

Ketua polis, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata, laporan ancaman itu diterima di lima buah sekolah swasta di Masai, Gelang Patah, Kulai, Muar dan Permas Jaya.

Katanya, ancaman itu diterima melalui e-mail bertajuk “bahan letupan telah ditanam di sekolah” bermula jam 11 pagi hingga 6.18 petang tadi.

“Susulan itu pasukan unit pemusnah bom, unit khas, pegawai perhubungan sekolah dan unit K-9 telah digerakkan ke semua lokasi terbabit untuk menjalankan siasatan” ujarnya.

Bagaimanapun siasatan mendapati tidak mengesan sebarang objek yang mencurigakan dan disahkan selamat.

Begitupun siasatan lanjut masih giat dijalankan dan disiasat dibawah seksyen 507 kanun kesiksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maskima RM50.000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini