comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua sekolah antarabangsa Pulau Pinang terima ancaman bom palsu

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Dua sekolah antarabangsa di Pulau Pinang menerima ancaman bom yang kemudiannya didapati palsu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V.Saravanan berkata ancaman diterima melalui emel daripada alamat penghantar yang sama.

Katanya, emel dihantar ke dua sekolah antarabangsa di Tanjong Tokong dan Jalan Sungai Pinang, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi.

“Emel yang dihantar bertajuk “Bahan letupan telah ditanam di sekolah”.

“Kandungan emel menceritakan penghantar emel mengalami masalah hidup, di mana dibenci oleh orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah,” katanya dalam satu kenyatan media, hari ini.

Susulan itu, katanya Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Unit K9 dan pasukan bomba dikerah ke tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada ancaman mencurigakan.

Kedua-dua sekolah telah membuat laporan polis dan kertas siasatan berasingan dibuka untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, polis akan menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenalpasti pemilik emel.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini