comscore
Tumpuan :
Nasional

Lupus dadah lebih RM1.7 juta 

KUCHING: Pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM1.7 juta dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Dalam satu kenyataan, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata memaklumkan dadah berkenaan dipercayai boleh menampung kegunaan kira-kira 200,778 orang.

Pelupusan itu dilakukan di Taman Pengurusan Sisa Bersepadu Kuching.

Antara dadah yang dilupuskan – lebih 32 ribu gram syabu, lebih 8 ribu gram pil ekstasi; lebih 4 ribu gram ganja dan 924.44 gram serbuk ekstasi.

Kesemua rampasan dadah itu membabitkan 3,416 kes dari 2012 hingga 2022 di 19 buah daerah dalam Kontinjen Sarawak yang selesai semua peringkat siasatan dan perbicaraan.

Dalam tempoh 1 Januari hingga 6 Ogos tahun ini, JSJN Sarawak merekodkan tangkapan 6,807 orang atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

Ia termasuk 109 pengedar dadah dengan nilai rampasan berjumlah RM128.7 juta.

Loading...
Terkini