comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di PPS meningkat

KUALA NERUS: Jumlah mangsa banjir di Terengganu setakat jam 4.00 petang tadi semakin meningkat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengesahkan seramai 325 orang daripada 106 keluarga ditempatkan di 7 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 3 daerah.

Paling ramai terjejas di Kuala Nerus, dengan 176 penduduk daripada 65 keluarga ditempatkan di 4 PPS.

Diikuti Kuala Terengganu dengan 141 penduduk di 2 PPS dan selebihnya di Setiu.

Timbalan Pengarah (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Terengganu, Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata, banjir berpunca dari sistem perparitan yang sempit dan tersumbat sehingga air melimpah ke rumah penduduk.

“Masalah banjir ini berpunca daripada parit-parit yang tersumbat  kita dimaklumkan daripada JPS kedudukan aras air laut sehingga boleh mencecah 3.5 meter”, katanya.

Sementara itu paras air Sungai Terengganu di Kuala nerus berada pada paras bahaya melebihi 3.85 meter.

Manakala Sungai Chalok di Setiu berada pada paras amaran dan Sungai Setiu di Kampung Besut berada pada paras waspada.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini