comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir Kelantan : Hampir 2,000 mangsa di 21 PPS

KOTA BHARU: Banjir di Kelantan semakin buruk dengan tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.

Jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 1,991 orang setakat jam 9 pagi ini, berbanding 1,599 orang malam tadi.

Mangsa banjir daripada 561 keluarga itu berlindung di 21 PPS di empat daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

FOTO: NSTP

Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 918 orang daripada 256 keluarga yang berada di lima PPS.

Jumlah mangsa banjir di Jeli juga bertambah kepada 571 orang membabitkan 155 keluarga berada di empat PPS, diikuti di Tanah Merah (386 orang, 114 keluarga) dan Gua Musang (116 orang, 36 keluarga).

Laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, empat sungai utama yang melepasi paras bahaya.

Manakala, tiga sungai melepasi paras amaran dan lapan melepasi tahap waspada.

Antara sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Kelantan di Kuala Besar iaitu 2.35 meter (m), Sungai Golok di Rantau Panjang(10.55m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.63m) dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.51m).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini