comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Rompin turun sedikit

Jumlah mangsa banjir di Rompin merekodkan penurunan iaitu 323 orang, pagi ini. – Foto ihsan APM

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Rompin merekodkan penurunan iaitu 323 orang daripada 97 keluarga yang berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, memaklumkan berbanding petang semalam, seramai 329 mangsa daripada 99 keluarga berada di empat PPS di Rompin.

PPS yang tutup ialah Balai Raya Bandar Perwira Jaya yang sebelum ini menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga.

Tiga PPS yang masih dibuka ialah PPS Kampung Setajam, Balai Raya Rekoh dan Balai Raya Bukit Lepas.

Sementara itu, maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin masih melepasi paras bahaya pada jam 8 pagi, hari ini.

Paras Sungai Keratong itu merekodkan bacaan 24.79 meter berbanding paras bahaya ditetapkan ialah 23 meter.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera pula merekodkan bacaan 30.72 meter iaitu melepasi paras waspada. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini