comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Terengganu kekal 63, enam PPS dibuka

Foto hiasan

PETALING JAYA: Situasi banjir di Terengganu setakat pagi ini tidak berubah dengan mangsa terjejas kekal 63 orang daripada 17 keluarga.

Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan semua mangsa di negeri berkenaan.

NADMA memaklumkan Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di enam negeri berada pada paras bahaya iaitu Sungai Muda di Sik dan Sungai Kedah di Kota Setar, Kedah; Sungai Sarang Buaya di Muar dan Sungai Johor di Kulai, Johor; Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah), Sungai Terengganu (Hulu Terengganu) dan Sungai Rompin (Pahang).

Sebanyak 16 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang, Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan dan Jalan Bukit Jugra di Hulu Langat, Selangor.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini