comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Maritim Malaysia panggil pengusaha feri yang terbakar

 

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu akan memanggil pengusaha perkhidmatan feri yang terbakar ketika belayar dari Pulau Redang ke jeti Kuala Terengganu, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid, berkata ia untuk membolehkan agensi itu mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan, selain menilai tahap pematuhan serta keselamatan di laut bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kita akan panggil pengusaha feri terbabit dalam waktu terdekat untuk mendapatkan maklumat berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan seramai 79 penumpang termasuk kru berdepan detik cemas apabila feri dinaiki mereka terbakar berhampiran Pulau Bidong.

Difahamkan, kejadian dipercayai ketika feri milik sebuah pusat penginapan itu dalam perjalanan dari Pulau Redang ke Jeti Taman Tamadun Islam (TTI).

Bagaimanapun, kesemua penumpang dan kru terbabit dilaporkan selamat apabila masing-masing berjaya dibawa keluar sebelum dipindahkan ke sebuah feri lain.

Loading...
Terkini