comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki dalam kereta, tujuh termasuk wanita ditahan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tujuh individu termasuk seorang wanita diberkas berhubung kes penemuan mayat seorang lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, pada 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan pertama pada hari kejadian, membabitkan empat lelaki.

Kesemua mereka disambung reman sehingga Rabu.

Katanya, suspek kelima (lelaki) ditahan Jumaat lalu dan direman sehingga esok, manakala suspek keenam (wanita) dicekup pada Sabtu serta direman sehingga Rabu.

“Suspek ketujuh pula ditahan di Johor, semalam untuk membantu siasatan dan direman hingga Rabu ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat lelaki berusia 26 tahun itu dalam kereta Proton Gen2 selepas dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini.

Loading...
Terkini