comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat mangsa bot karam di Sungai Melayu ditemui

FOTO: APMM

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Mangsa bot karam yang dilaporkan hilang, semalam, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di Sungai Pukul, Pulau Sebatik, Tawau, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Amiludin Yenggah dalam sidang media memaklumkan jasad Abdul Rahim Kasil, 56, ditemui sekitar jam 7.30 pagi tadi.

Terdahulu, mangsa bersama isteri Nurlina Aripin, 52, yang dalam perjalanan daripada perairan Tawau, tercampak ke laut selepas bot yang mereka naiki terlanggar objek sebelum terbalik dan karam di kawasan perairan Sungai Melayu, Pulau Sebatik, pagi semalam.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bot yang dinaiki suami isteri itu terlanggar objek keras terapung lalu pecah dan karam.”

Nurlina ditemui dalam keadaan selamat namun mengalami kecederaan patah tulang kaki akibat terkena kipas enjin dan kini mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan Hospital Besar Tawau.

Kejadian disedari penduduk kampung yang bertindak menyelamatkan Nurlina.

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan Abdul Rahim melibatkan melibatkan lima buah bot dari pelbagai agensi keselamatan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kekuatan 23 pegawai dan anggota.

Operasi SAR diteruskan semula pagi tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.

Loading...
Terkini