comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat terbakar ditemui di kebun kelapa sawit

SABAK BERNAM: Mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi kebun kelapa sawit di Sungai Besar, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata kejadian disedari orang awam ketika melalui kawasan berkenaan.

Tambah beliau, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu bagi menjalankan siasatan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan menyeluruh mengenai penemuan mayat berkenaan setakat ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung motif kejadian itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini