comscore
Tumpuan :
Nasional

MB Kedah ditahan polis

Foto :Tangkap layar video Facebook Helmi Khalid

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan ditahan polis di satu lokasi di ibu negara , awal pagi ini.

Difahamkan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu ditahan polis di sebuah hotel di Mont Kiara.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.

Sumber polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan Sanusi.

Sementara itu twitter HarakahDaily turut memuatkan gambar-gambar ketika Sanusi ditahan polis, jam tiga pagi tadi untuk dibawa ke IPD Gombak.

Ihsan : harakahdailyHD / Twitter
Ihsan : harakahdailyHD / Twitter

Dalam pada itu, satu video penahanan Sanusi dikesan tersebar di laman media sosial.

Sanusi dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

Laporan BH juga menyebut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin husain ketika dihugungi mengesahkan penahanan Sanusi.

 

 

Loading...
Terkini