comscore
Tumpuan :
Politik

MB Kedah dinasihat fokus tadbir negeri

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzi.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dinasihat fokus terhadap tugas sebagai menteri besar dan bukannya bercakap mengenai Langkah Dubai.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Menteri Besar Kedah itu perlu mengubah sikapnya daripada terus memberi komen mengenai perkara berkenaan.

“Sebelum dia bercakap mengenai Langkah Dubai, tanya dia apa jadi dengan litar lumba dekat Kedah?

“Saya rasa daripada dia memberi komen tentang ini, mungkin dia perlu ubah sikap beliau, hentikanlah berkaraoke tengah malam dengan perempuan ajnabi dan fokus mentadbir.

“Saya rasa ada isu-isu yang kita mula lihat sama ada isu nadir bumi (REE) ataupun terkini mengenai sensasi masalah tentang Kelab Darul Aman FC (KDA FC),” katanya.

Tambah Fahmi, Sanusi mempunyai lebih banyak masalah di negeri ditadbirnya dan seharusnya memberikan fokus kepada tugas masing-masing.

Sebelum ini, Sanusi turut mengesahkan terdapat langkah Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan kerajaan Madani melalui proses demokrasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Katanya langkah itu dibuat ekoran kelompongan dalam undang-undang Akta Anti Lompat Parti.

Loading...
Terkini