comscore
Tumpuan :
Nasional

Menteri Besar akan menghadap Sultan Terengganu mohon bubar DUN

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memohon perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu selepas minggu ketiga Jun ini.

Beliau berkata, sesi menghadap itu akan dilakukannya sebelum tarikh pembubaran automatik dewan iaitu pada 30 Jun.

Menurutnya, tarikh pembubaran DUN itu pula mungkin dilakukan serentak di enam negeri terbabit bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan nanti.

Enam negeri terbabit adalah Terengganu, Kedah, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Selepas minggu ketiga saya akan menghadap kebawah duli tuanku selepas minggu ketiga Jun,” katanya selepas ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu di Dataran Shahbandar, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS juga memberitahu, semua nama calon akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan sebelum dipilih.

Loading...
Terkini