comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesyuarat isu padang Stadium Nasional minggu depan- PSM

Keadaan rumput padang yang tercabut pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.-Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat ‘post mortem’ atau bedah siasat bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional, Bukit Jalil pada awal minggu hadapan.

Perkara itu dimaklukam PSM menerusi ciapan ringkas di laman Facebook mereka, hari ini.

“PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklumbalas selepas ‘post mortem’,” jelas PSM.

Padang Stadium Nasional menjadi perhatian umum sejak minggu lalu selepas keadaan padang berkenaan tidak berada pada tahap terbaik sebelum aksi Malaysia menentang Oman, kelmarin.

Susulan itu, PSM menjadi sasaran kritikan hebat dan luahan kemarahan terutama dari peminat bola sepak tanah air dengan ada yang mendesak pengerusinya, Datuk Hans Isaac melepaskan jawatan.

Kerosakan permukaan padang di Stadium Nasional didakwa berlaku selepas penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu pada bulan lalu.

Keadaan padang ketika aksi keempat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia itu tidak berada pada tahap terbaik dengan kesan tampalan rumput di beberapa bahagian padang selain terdapat rumput yanbg tercabut ketika perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini