comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Michelle Yeoh dedah tekanan dapat zuriat dengan bekas suami

Tan Sri Michelle Yeoh menjadi antara 31 selebriti dipilih menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi Kelas 2024. – FOTO: Michelle Yeoh/ Instagram.

KUALA LUMPUR: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mengakui tuntutan kerja dan harapan terlalu tinggi punca beliau bercerai dengan bekas suaminya juga mogul perniagaan dari Hong Kong, Dickson Poon.

Dedah Michelle antara tekanan besar dalam perkahwinan mereka adalah mendapatkan cahaya mata.

“Saya tahu bekas suami mahukan keluarga yang besar. Bukan seorang, tapi dua atau tiga anak lelaki. Beliau bekerja keras memperluas empayarnya dan perlukan anak lelaki sebagai pewaris,” katanya.

Tambah wanita Asia pertama memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy itu, beliau sukar mencari masa terluang bersama Poon.

“Dengan kerja, kami sentiasa terbang sana-sini. Jika terbabit penggambaran di luar negara, kami tak berjumpa berbulan lamanya. Apabila kedua-dua sibuk bekerja, sukar cari keseimbangan,” katanya.

Tan Sri Michelle Yeoh ketika hadir di Ipoh pada 25 Disember 2018 bersama suami, Jean Todt. FOTO: NSTP.

Michelle, 61, mengakui tindakan mereka untuk bercerai adalah suatu keputusan yang tepat.

“Saya rasa ia satu keputusan bijak untuk dilakukan (cerai), mampu undur diri dan tidak berpura-pura bahawa ia (perkahwinan dengan Poon) akan menjadi. Kami saling mencintai, namun tak ke mana kerana wujud harapan terlalu tinggi,” katanya.

Michelle menceritakan pengalamannya itu dalam siri ‘podcast’ Goop bersama seorang lagi aktres Hollywood, Gwyneth Paltrow.

Mengulas lanjut, Michelle berkata ketika ini beliau dan Poon masih berkawan baik.

Malah, beliau dan bekas isteri pertama Poon masih saling berhubung dan pergi bercuti bersama.

Selepas perkahwinannya gagal, Michelle bertemu dan bertunang dengan ahli perniagaan, Jean Todt, 77, pada 2004.

Pasangan itu berkahwin pada 27 Julai tahun lalu di Geneva, Switzerland.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini