comscore
Tumpuan :
Nasional

MOTAC | Terus Promosi Pelancongan Domestik Di Negara

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus mempromosi pelancongan domestik dalam usaha menggerakkan sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha itu perlu dipergiatkan lagi kerana rata-rata masyarakat mempunyai persepsi bahawa melancong hanyalah untuk destinasi yang jauh.

Beliau berkata masih banyak lokasi pelancongan tempatan menarik yang masih boleh dikunjungi ramai ketika ini.

Jelasnya, meskipun sektor pelancongan tidak dapat beroperasi sepenuhnya seperti biasa, namun ia masih berjalan lancar terutamanya industri perhotelan yang menerima sambutan menggalakkan pada bulan Ramadan.

Datuk Seri Nancy ditemui selepas berkunjung ke Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Media Prima Berhad di Petaling Jaya, Selangor siang tadi.

Beliau disambut Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Dr Syed Hussian Al-Junid dan Ketua Pengarang Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Kamaruddin Mape.

Loading...
Terkini