comscore
Tumpuan :
Nasional

Muhammad Imran Suresh dicari, dakwa ada maklumat berkaitan insiden babitkan Faisal

Foto fail

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenalpasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh berhubung kenyataan dikeluarnya mengenai kejadian simbah asid tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

“Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

“Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan masih dijalankan pelbagai sudut terhadap suspek yang direman semalam.

“Kita juga masih mengenal pasti motif sebenar kejadian itu,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan suspek diupah, beliau berkata, perkara itu belum dipastikan kerana siasatan masih berjalan.

“Kita masih menyiasat dan perlu siasatan yang adil,” katanya.

Justeru itu, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan

Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Beliau mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini