comscore
Tumpuan :
Nasional

Sesi persekolahan 2024 di Johor bermula esok

Foto hiasan

SEGAMAT: Semua 1,193 sekolah di Johor membabitkan 908 sekolah rendah dan 285 sekolah menengah dijadual dibuka seperti biasa esok, walaupun terdapat beberapa kawasan masih dilanda banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh yang juga ADUN Johor Lama, berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai sekolah yang dinaiki air dan berharap sesi persekolahan 2024 yang akan bermula esok di negeri ini berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh. – FOTO: Norliza Noh/ Facebook

“Sebahagian kawasan yang terjejas akibat banjir antaranya di Segamat menjadikan balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS), oleh itu, tiada sekolah di negeri ini yang dijadikan PPS ketika ini,” katanya ketika ditemui di PPS Balai Raya, Kampung Batu Badak di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Pendidikkan Daerah (PPD) Segamat, Abd Rahman Kecik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Norliza berkata memandangkan cuaca masih tidak menentu, pihaknya akan memantau perkembangan sehingga malam ini bagi memastikan sama ada terdapat guru atau murid yang tidak dapat ke sekolah berikutan jalan akan yang dinaiki air.

“Mana-mana guru atau murid yang mengalami masalah berkenaan banjir diminta memaklumkan situasi mereka kepada pihak pengurusan sekolah,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan seramai 584,322 murid sekolah rendah dan menengah seluruh Johor akan bersekolah esok.

Untuk guru, jumlah mereka ialah 48,087 orang. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini