comscore
Tumpuan :
Nasional

Musim tengkujuh, limpahan rezeki buat peniaga ubi

DUNGUN: Musim tengkujuh yang melanda Terengganu membawa limpahan rezeki kepada peniaga ubi di negeri itu apabila tanaman berkenaan mendapat permintaan tinggi.

Ia dibuktikan Mohd Lutfi Anuar Asshahadah, 25 tahun yang sehingga kini telah menjual hampir sepuluh tan ubi pelbagai jenis sepanjang tiga minggu ini.

Jelasnya, permintaan terhadap makanan itu meningkat hampir seratus peratus.

Anak keempat daripada tujuh beradik ini yang menjalankan perniagaan di kampung Che Lijah berkata, dia sering mendapat bekalan tanaman itu dari Kelantan kerana ia lebih mudah didapati berbanding di sini.

Dia juga turut menjual pelbagai jenis ubi yang sukar diperolehi pada hari biasa kerana ia banyak tumbuh pada musim tengkujuh.

Harga ubi juga bergantung kepada jenis bagi sekilogram dan ada juga yang dijual secara borong.

”Restock, hari-hari lah, kalau ubi kayu dua hari sekali, kalau ubi keledek, ubi ni , hari-hari lah cari, sini ada, dalam lima jenis macam tu lah, empat jenis lima jenis, ubi kayu, ubi keledek, ubi keling, ubi steller, ubi itik, ubi besar”, katanya.

Kebiasaan jualannya habis setiap hari kerana kesemua tanaman itu merupakan makanan pilihan terutama bagi mangsa banjir.

Loading...
Terkini