comscore
Tumpuan :
Nasional

NADMA akan laksanakan operasi pembenihan awan di Sabah esok

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bakal melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan yang terjejas akibat kemarau di Sabah, esok.

NADMA memaklumkan, OPA itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya, OPA di Sabah ialah satu ikhtiar untuk mengurangkan kesan kemarau dan juga kekurangan air di beberapa kawasan terbabit.

“OPA dibuat sekitar jam 11 pagi sehingga 2 petang, bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

“Antara kawasan yang terbabit dengan OPA termasuk Beufort dan Papar,” katanya hari ini.

Berdasarkan kemaskini status cuaca panas di laman sesawang METMalaysia setakat semalam, daerah Beufort dan Kota Belud di Sabah antara kawasan yang merekodkan status cuaca panas Tahap Satu atau berjaga-jaga.

Suhu panas Tahap Satu merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk laman sesawang https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini