comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: NADMA terima RM300 juta pastikan kelancaran persiapan banjir

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku agensi utama bagi persiapan banjir diperuntukkan sebanyak RM300 juta.

Ini termasuklah RM100 juta yang bakal disalurkan segera usai Pembentangan ini menggunakan peruntukan 2023 bagi memastikan kelancaran persiapan banjir hujung tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan peruntukan di bawah Tabung Bantuan Bencana Negara tahun hadapan kepada RM200 juta berbanding RM100 juta tahun ini.

“NADMA juga akan mempertingkatkan tahap keselesaan pusat pemindahan bagi menjamin kebajikan mangsa.

“Antaranya termasuklah menyediakan sembilan Pusat Pemindahan Kekal, membaik pulih tandas, bilik mandi dan stor di 1,500 Pusat Pemindahan Sementera serta menyewa tandas-tandas bergerak.

Pada setiap masa, kata Perdana Menteri, kerajaan bersedia menambah peruntukan sekiranya diperlukan bagi memastikan pengurusan musibah bencana dalam tahap yang terbaik.

“Kita semua mesti mengingati Blake, anggota Unit Pengesan K9 Bomba yang telah meninggalkan kita setelah menabur bakti untuk negara.

“Kerajaan akan menambah baik kemudahan dan rawatan perubatan bagi anjing K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat serta menambah bilangan anjing pengesan K9 untuk Bomba, Polis dan Kastam dengan peruntukan RM5 juta.’ katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini