comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas Elmina : Tujuh waris layak terima pampasan PERKESO

KUALA LUMPUR: Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam, layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menurut Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Beliau dalam satu kenyataan malam tadi memberitahu sudah mengarahkan PERKESO menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan PERKESO.

Hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

“Melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala,” katanya.

Setakat ini, PERKESO sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.

Justeru, anggota PERKESO di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya.

Loading...
Terkini