comscore
Tumpuan :
Nasional

Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

Ini bagi penyelarasan operasi menyelamat helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak, hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud KLARCC diaktifkan pada jam 10.20 pagi tadi bagi penyelarasan operasi menyelamat nahas helikopter itu.

“Merujuk kepada kemalangan membabitkan dua helikopter milik TLDM di Lumut, Perak, KLARCC di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur diaktifkan pada jam 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.

“Siasatan lanjut kemalangan akan dijalankan oleh pihak TLDM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, TLDM mengesahkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua helikopter terhempas sehingga menyebabkan 10 kru maut, pagi tadi.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan helikopter FENNEC TLDM terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut padajam 9.32 pagi tadi.

Beliau berkata, insiden itu mengorbankan seramai 10 pegawai dan anggota iaitu masing-masing tujuh kru helikopter HOM TLDM dan tiga kru helikopter Fennec.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini