comscore
Tumpuan :
Nasional

Sidang Parlimen Penggal Kedua diawalkan

Oleh Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat diawalkan ke 22 Mei hingga 15 Jun 2023.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, hal ini bagi memberi laluan kepada Ahli Parlimen yang akan menunaikan ibadah haji pada Jun ini, melakukan persiapan sewajarnya.

“Dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri, selaku ketua majlis telah bersetuju supaya takwim Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 dipinda kepada satu tarikh baharu iaitu mulai 22 Mei hingga 15 Jun 2023, selama 11 hari.”

“Ia susulan permintaan saya kepada Perdana Menteri kerana ramai ahli Yang Berhormat akan menjalani ibadah haji di Mekah tahun ini dan perlu membuat persiapan sewajarnya,” katanya.

Sehubungan itu, mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada pertengahan Jun depan, dipinda tiga minggu lebih awal selaras Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Loading...
Terkini