comscore
Tumpuan :
Nasional

Nora dibenarkan discaj, anggap peluang kedua untuk hidup

Nora yang sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari, memaklumkan dibenarkan pulang ke rumah, hari ini. – FOTO: Nora Ariffin/ Instagram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 50 dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat selama 10 hari di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor, akibat sesak nafas.

Melalui hantaran Instagram (IG), Nora yang sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selama tiga hari, menyifatkan nikmat kesihatan yang masih dikurniakan Allah ibarat peluang kedua buat dirinya.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada sahabat yang mendoakan, bertanya khabar, datang ziarah dan membuat solat hajat. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada doktor, jururawat dan semua yang menjaga saya sepanjang di hospital.

“Saya tak sabar mahu kembali bekerja seperti biasa,” katanya menerusi hantaran video di IG.

Sebelum ini, suami Nora, Dr Rushdi Ramli memaklumkan penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu dimasukkan ke ICU dan memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhannya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini