comscore
Tumpuan :
Nasional

Padah bakar mercun di tempat terbuka, dua lelaki dicekup

Tangkap layar video tular

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai melakukan pembakaran mercun di tempat terbuka sehingga membahayakan nyawa orang awam, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku berhampiran Bazar Aidilfitri di Dataran Zero, Jalan Badlishah.

Kedua-dua lelaki yang ditahan itu merupakan pemilik, dan pembakar mercun masing-masing berusia 27 dan 24 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian letupan berpunca dari pembakaran satu unit mercun jenis happy bom firework , di mana semasa letupan berlaku mercun tersebut telah terbalik dan tersasar ke arah lambakan mercun lain.”

“Keadaan itu menyebabkan susasana nampak cemas dengan letupan dan dentuman mercun serta bunga api dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Sungai Petani turut dikejarkan ke lokasi kejadian dan telah mengesahkan tiada kebakaran berlaku.

Siasatan juga mendapati tiada sebarang kecederaan dialami orang awam di sekitar lokasi kejadian.

Kes disiasat dibawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini