comscore
Tumpuan :
Nasional

Padah ugut kenalan di WhatsApp

Foto hiasan

 

JOHOR BAHRU : Polis menahan seorang lelaki selepas suspek itu membuat ugutan terhadap kenalannya menerusi aplikasi WhatsApps kumpulan sebuah kawasan perumahan di sekitar Taman Danga Sutera di sini, semalam.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh memaklumkan, suspek lelaki tempatan berusia 57 tahun itu ditangkap di rumahnya di Taman Bukit Mewah jam 12.40 malam.

Katanya pihak polis menerima laporan berhubung kejadian dari pengadu (mangsa), lelaki berusia 66 tahun, jam 11.30 pagi semalam.

“Mangsa yang juga pesara kerajaan menerima ugutan menerusi pesanan suara pada jam 11 pagi pada kelmarin, ugutan yang dibuat suspek mengancam keselamatan diri yang mana telah menimbulkan kegusaran kepada mangsa.”Suspek yang merupakan seorang peniaga direman dua hari sehingga esok, “katanya.

Polis menasihatkan masyarakat agar bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi serta tidak melakukan sebarang perbuatan melulu hingga dikenakan tindakan undang-undang,

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini