comscore
Tumpuan :
Nasional

PASB meterai kerjasama pendidikan dengan Wilayah Pattani

Datuk Seri Ahmad Burak bertukar dokumen dengan Suree Sanibut dalam majlis di UPSI hari ini. -FOTO: Ihsan Persatuan Alumni Suluh Budiman

TANJUNG MALIM: Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Pentadbiran Wilayah Pattani, Thailand untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan.

PASB UPSI diwakili Presidennya, Datuk Seri Ahmad Burak dan Setiausaha Agungnya, Dr Mashudi Bahari manakala Majlis Pentadbiran Wilayah Pattani diwakili oleh Suree Sanibut, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Pattani.

Rombongan Majlis Pentadbiran Wilayah Pattani diwakili Suree Sanibut, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Pattani.

Delegasi yang terdiri daripada guru dan pensyarah daripada sekolah-sekolah, institusi Pendidikan dan universiti di Wilayah Pattani turut disertai Profesor Madya Dr Chakree Manyanu, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Akademi Universiti Pattani.

Dr Chakree juga adalah Pengerusi PASB UPSI Chapter Thailand.

Rombongan berkenaan berada di Malaysia selama tiga hari antara lain mempunyai program serta kunjungan rasmi Pusat Ulul Albab, UPSI.

Menurut Datuk Seri Ahmad, PASB UPSI Induk akan menghantar tenaga pengajar terdiri daripada ahli yang telah bersara untuk membantu Fakulti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Universiti Pattani dan institusi pendidikan lain di Wilayah Pattani.

Loading...
Terkini