Oleh: Fahmi Tajuddin
PETALING JAYA: Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin merekodkan bantahan kepada prosiding tertutup melibatkan Ibu kepada Zayn Rayyan di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.
Difahamkan Ibu Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk memberi pengakuan bersalah kepada Majistret.
Peguam kepada bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abdul Moin berkata, asas bantahan adalah terhadap tiada kenyataan yang jelas dalam Kanun Tatacara Jenayah untuk proses berkenaan.
“Apabila kami masuk ke kamar mahkamah dan bertanyakan apakah asas kehadiran pegawai penyiasat serta OYDS hari ini, kami dibenarkan untuk membuat bantahan terhadap prosiding ini.
“Asas-asas bantahan pihak kami berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dimana dalam Kanun Tatacara Jenayah, tidak ada dinyatakan apa-apa proses yang jelas berkaitan dengan permohonan seperti ini.
“Kami juga bertanyakan kepada pegawai penyiasat kenapa prosiding ini tidak dimaklumkan lebih awal,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media ringkas disini.
Tambah Fahmi lagi, bantahan pertama telah direkodkan oleh pihak mahkamah dan mahkamah juga sudah dimaklumkan bahawa kedua-dua peguam tidak mengetahui ibu Zayn Rayyan yang juga Orang Yang Disyaki (OYDS) dibawa ke mahkamah.
“Jadi bantahan pertama telah direkodkan oleh pihak mahkamah, dan pihak mahkamah juga sedia maklum bahawa kami tidak dimaklumkan.
“Dan atas tiada peruntukkan khusus untuk membuat permohonan ini, kami juga menyatakan bahawa ia sangat prejudis terhadap anak-anak guam.” katanya lagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa
| ARTIKEL BERKAITAN
- Ibu bapa Zayn Rayyan direman seminggu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada penemuan baharu dalam siasatan polis – Peguam
- Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan berpandukan risikan – Polis
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada suspek lain ditahan – KPN
- Peguam Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan
- Keluarga ibu bapa Zayn Rayyan lantik bekas TPR jadi peguam baharu
- Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis akan mohon sambung reman ibu bapa mangsa
- [VIDEO] Proses reman kes Zayn Rayyan kecoh, keluarga tuntut keadilan
- Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi
- [VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan – Peguam
- [VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Ada percanggahan dalam keterangan ibu, bapa dan saksi – KP Selangor
- Ibu Zayn Rayyan diminta ‘lakonkan semula’ kejadian kehilangan anaknya di kediaman mereka
- Ibu Zayn Rayyan tidak beri pengakuan bersalah, sebaliknya beri keterangan besar – Peguam