comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar tingkatan tiga cedera dibuli senior

Foto hiasan

IPOH: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Gunung Rapat di sini mengalami kecederaan selepas dipercayai dibuli oleh seorang pelajar Tingkatan Lima, Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata laporan polis telah dibuat di Kuala Lumpur oleh penjaga pelajar itu pada hari yang sama.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah.

“Kedua-dua pelajar lelaki terlibat merupakan atlet sepak takraw. Saya difahamkan mangsa ditendang dan dipijak oleh pelajar senior berkenaan,” katanya.

Tambah Khairudin, pihak sekolah telah pun memohon kepada penjaga untuk mengambil pelajar (mangsa) itu supaya dibawa balik ke rumah untuk mendapat pemeriksaan lanjut dan juga diberi cuti atas faktor keselamatan.

Khairudin berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak pengurusan sekolah berhubung kronologi kejadian dan tahap kecederaan mangsa serta tindakan yang akan diambil terhadap pelajar yang memukul mangsa.

Loading...
Terkini